Wednesday, February 16, 2011

Tiramisu Biscotti

TIRAMISU lagiiii... smlm nampak cik mimi mbuat tayangan, seblum tu kak nor ganu kita... cik mimi n kak nor guna biskut tiramisu.. saya mencari juga biskut ni .. tapi belum nak ketemuan agaknya.. yg melambak2 ada biskut marie jer.. so guna lah biskut marie.. kali ni saya letakan 4 keping biskut marie utk setiap lapisan.. biar nampak muai gitu.. rasa tetap maintain sedap.. tak terguris sedikit pun.. Resepi sy CP lagi kt sini.. terima kasih Noorsha .. juga umi_e MYR pemilik asal resepi

RESEPI TIRAMISU
Resipi Asal : umi_e, Myresipi

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek - guna biskut mery
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan
  • Cara-cara
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cream cheese dan whipping cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...


Untuk yang guna biskut merie bagi menggantikan kek, boleh ikut cara dibawah.

1. Patahkan biskut dan celupkan 2 keping biskut kedalam air nescafe.kalau size biskut sama besar ngan dasar bekas, tak perlulah patahkan..
2. susun ke dasar gelas. gunakan sudu k... pastuh masukkan adunan cream cheese.
3. celup 2 keping biskut lagi ke dalam air nescafe dan susun molek² atas dasar cream cheese tu..ulang sampai penuh gelas @ bekas tu.. pastu leh ikut cara no 9 & 10 diatas )

yang ni untuk adik ku yang sedang mengidam ... di kurier oleh adikku yg buzy memanjang..

Tuesday, February 15, 2011

Sotong Bakar & Air Asam

Sotong grill atas kuali..
Salam Maulidur Rasul..merajinkan diri bakar2 ikan n sotong vs air asam killer pedass..... resepi dik Ika bangkok.. dah lama menghilang Ika ni.. smga Ika sekeluarga sihat n gembira selalu.. Kita kongsikan resepi ika di sini.. Terima kasih ika..

Air Asam

Untuk air asam blend sekali Cili, air asam jawa, sos ikan, gula, belacan, bwg putih, sos tomato dgn sos cili sikit.. Rasa agak2lah ya nak manis masam2 pedas.. last sekali hiriskan bwg merah besor tuu dgn daun ketumbar..siap!.... (CP ayat Ika)

Ikan bakar pun ada..

Monday, February 14, 2011

Cream Cheese Waffle

Makan2 yang dah lepas.. cream cheese waffle dari dapur 1001 cerita 1001 rasa.. cik adik manis Noorsha..waffle dengan gaya bebas.. aiskrim, whippping cream, coklat syrup, strwbry jem.. dan apa2 saja yg tergerak di hati.. anak2 memang suka kuih2 begini berbanding kuih2 tradisional..
Terima kasih noorha.. akk minta izin CP resepi di sini...

RESIPI CREAM CHEESE WAFER

Bahan-Bahan

2 biji telur ( Gred B )
1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter cair / minyak jagung
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
80 - 100 gm cream cheese (suhu bilik)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Cara-Cara

1. Satukan telur, esen vanila, susu segar / susu cair, garam, gula dan cream cheese. Kacau hingga garam dan gula hancur serta cream cheese larut sepenuhnya dan tidak berketul-ketul.
2. Masukkan butter / minyak jagung. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati.
4. Panaskan Waffle Maker. Sapukan dengan sedikit butter.
5. Masukkan 2 senduk adunan waffer tadi, ratakan dan tutup waffle maker.
6. Biarkan waffle sehingga perang.
7. sedap dimakan begitu sahaja atau boleh makan ngan madu,karamel, butter, sos coklat, ice cream atau jem pilihan mengikut citarasa.. Selamat Mencuba !

Sunday, February 13, 2011

Talam Kastard Jagung

Hasil menalam malam tadi.. Talam Kastard Jagung... Resepi oleh Yatie di Sinar Kehidupanku.. saya buat setengah adunan dari rspi asal.. bagi saya talam ni memang sedap.. kombinasi rasa kastard berjagung dan lemak2 talam.. cuma saya tersalah beli jagung tin semalam.. sepatutnya mengkut rspi ialah jagung manis krim.. bila menggunakan jagung berbiji.. agak sukar untuk memotong ... tq yatie atas perkongsian rspi.. minta izin CP resepi yatie di sini ya..


Bahan-Bahan- loyang 10 inci
(Sumber : Yatie Sinar Kehidupanku)
Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

Friday, February 11, 2011

Roti Goreng Rangup

Minum petang dengan roti goreng rangup Hasue.. TQ hasue berkongsi resepi .. akk CP kt sini.. memang sedap roti digoreng begini.. n lainkali saya nak buat filling sardin pulak.. untuk resepi ni saya buat 1/2 adunan.

Roti Goreng Rangup

Bahan-bahan:

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)


Thursday, February 10, 2011

KUIH BAKAR PISANG@BINGKA PISANG

Semalam memandang dari dapur Izah Muffin Lover.. rupanya memang dah lama tak buat kuih bakar ini.. balik sekolah, singgah kedai,beli pisang n kecah2 dapur mengadun kuih.. teringat pulak kat kwn2 sekolah.. buat lebih untuk makan2 pagi seblum masuk kelas..
bakar 2 try terus.. jimat elektrik..

Kuih Bakar Pisang@ Bingka Pisang
Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. byk ni coz sy suka pisang.. klau tak suka boleh kurangkan...
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 45 minit.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt
satu .. bawa ke sekolah.. n satu lagi utk mkn2 di rmh..

Wednesday, February 9, 2011

Bandung Soya Cincau

Hasil selongkar2 gobok AlongRoz ... dapat idea buat air ni.. sebelum buat tu rasa macam ada stok laici dlm kabinet.. rupa2nya hampeh.. tak putus asa.. selongkar2 dlm peti ais pulak .. terjumpa cincau zaman bila ntahh.. belek2.. masih OK lagi.. potong kasar2 n campur jer dlm air tu.. siapp..
sesuai dgn cuaca panas ni..

Tuesday, February 8, 2011

Resang Indah Chalet

Sambung Jalan2 Cuti Tahun Baru Cina.. selepas balik dari Gunung Ledang.. perjalanan seterusnya ke Penyabung, Endau, Johor.. 4 Februari 2011(Jumaat petang ).. Jalan2 ini adalah bertujuan untuk mencari /meninjau tempat perkhemahan bagi memenuhi aktiviti pelajar Ting 6 tahun ini.. dari bandar Mersing terus ke Pantai Pasir Lanun, Penyabung.. kemudian ke Teluk Sari.. lebihkurang jam 6.00 ptg sampai ke Teluk Resang.. menyusur ke Teluk Gorek.. sambil mencari tempat menginap.. tak da rezeki nk menginap di Teluk Gorek.. n kembali semula ke Teluk Resang & akhirnya menginap di sini...
ombak pantai petang.. sangat privacy.. & apa lagi... jom mandi...
ibu & ayah sedang menyusur pantai di pagi hari... adik baru terkedek2 menapak di pantai..
chalet... huwaaaa.. kipas jer yg ada.. no TV, no aircon.. semulajadi.. kul 9 dah tido!!!
petang hari selepas mandi laut.. lapooo u.. malas pulak nk keluar mncari makanan.. so guna jer 'standby' yg ada.. sardin ummmppppp...
telur dadar pun umppppp...skill adik...
makan malam...
sarapan pagi... mcm kt rmh pulak.. sandwich sardin, necafe..
kul 10.00 pg dah check out.. terus meninjau ke teluk gorek chalet.. bincang2.. ..
sebelah Teluk Gorek Resort .. ada Resort Gorek Bay ni.., lain tauke.. sempat jugak bincang2 kt sini.. InsyaAllah ada rezeki saya akan sampai di sini lagi bersama2 progrm saya yer..

Monday, February 7, 2011

Sayur Kacang Bersambal

Masak2 ringkas petang ni.. yang penting ada nasi, sayur, ikan dan rasa pedassss.. nak masak ikan bersambal ke sayur yang bersambal.. tak kisah lah bu.. mana2 pun bolehh.. jom makann..

Sunday, February 6, 2011

Tub Tim Grob (Red Rubies)

Dessert Thai .. red rubies yang tak berapa nak red.. apa pun saya memang suka dessert ni.. kalau makan di restoran thai.. saya tak lepaskan peluang memesan RR ni.. Resepi saya CP dari Kzai Teratak Impian.. dah 2 kali Kzai buat.. mesti sedap kan kak.. resepi asal dari Cik Mat Gebu.. terima kasih CMG dan Kzai..

Red Rubies

Bahan-bahan

  • 1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g) - akak guna sengkuang China(water chesnut)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais hancur secukupnya
  • Hirisan buah nangka dan buah kabung* (yg ni akak tambah utk hiasan)

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Makan2 di petang hari.. Tauhu goreng..

Saturday, February 5, 2011

TAMAN HUTAN LEGENDA GUNUNG LEDANG .

Jelajah Khamis 3 Februari 2011... tempat yg 'privacy' .. sunyi, sepi dan jauh dari kesibukan.. pastikan membawa makanan yang secukupnya bila ke sini...






Wednesday, February 2, 2011

PUMPKIN CHEESE CAKE

Teruja bila melihat Alongroz membuat siaran ulangan untuk PCC ini.. kebetulan ada pula stok separuh labu yang tak ter'bingka'2 tu.. maka acara memanaskan dapur berlarutan hingga ke petang.. Ini PCC yang tak sempat di 'chill'kan.. tapi rasa tetap hebat n sangat sedap.. terima kasih along kerana berkongsi resepi..

PUMPKIN CHEESE CAKE
By: Roz@HomeKreation
Source: Friend
Makes 9" round
BASE:
10 packets Oat Crunch Biscuits - crushed .. saya guna biskut marie jer +/- 50 kpg
225g Butter - melted
2½ cup Flour.. (saya tak gunakan)

Mix all ingredients and press on baking tray.
Bake for 5 minutes and cool aside.

FILLING:
600g Cream Cheese
2 cup Mashed Pumpkin
2 Eggs
1½ cup Sugar (brown or white)
1 tbsp Cinnamon Powder
½ tbsp Nutmeg Powder (optional)

METHOD:
1. Mix cream cheese with sugar well.
Add in egg one at a time & beat well.
Add in cinnamon and nutmeg powder (HomeKreation: skipped)
Add in mashed pumpkin.

2.Pour on top of the base
Bake in preheated oven 170C for 45 minute.
Cool & chill overnight.


POTATO WEDGES

Acara memanaskan dapur hari dimulakan dengan ... kentang goreng berpotongan wedges.. betul ke ni.. dan digayakan bersama jalapeno cheese yang di oder dari Ummi Cheezy House.. jom sarapan..
Potato Wedges My Style..
Bahan:
5 biji kentang kulit nipis saiz sederhana
sedikit garam
4 sb tepung gandum
sedikt serbuk kunyit dan garam
minyak untuk mengoreng

Cara2
1. Bersihkan kulit kentang... klau nk buang kulit pun boleh..
2. Potong bentuk baji
3. Rebus separuh masak n masukkan sedikit garam.
4. Buang air rebusan dan sejukkan
5. Bancuh tepung, garam, kunyit bersama air.. agak2 adunan tepung menyaluti kentang.. tak perlu pekat sangat.
5. Goreng dalam minyak yg banyak dengan api perlahan.. boleh guna 'deep fryer' .. saya tak da deep fryer.. so saya guna periuk kecil untuk mengoreng.. itulah deef fryer saya selama ini.. hihihi.. idea dari kawan2 jugak..

roti gulung sosej .. saya guna Cream Crakers Jacob yang dihancurkan untuk menyaluti roti gulung ni.. mudah jer kan.. resepi boleh tengok di SINI..
lepas goreng PW sambung goreng Roti Gulung Sosej...

Tuesday, February 1, 2011

ROTI NAIK

Roti panas.. versi rentung sikit.. sebab tuan rumah sibuk mengejar matahari .. mengeluarkan kain baju yg bersidai bagai dalam rumah.. smga kain2 sidaian ku hari ini kering semua.. cerita roti pulak .. resepi dari dapur Mamafami.. antara sifu2 masak yg dah bertaraf otai.. saya minta izin CP di sini utk rujukan saya masa depan ya mama.. TQ mamafami dan puan Asmahan Hanim kerana berkongsi rspi..
ROTI NAIK
Adapted from Roti Naik Puan Asmahan Hanim
(Sumber : MamaFami's Spice and Splendour)
Ingredients :

1 cup lukewarm water
1 egg yolk (grade A)
180g sugar
35g shortening
1 teaspoon vanilla
a few drops of yellow food coloring
500g flour (I added more, I think about 100g more or less)
3g instant dried yeast
110g margarine

1 egg + a bit of fresh milk (for egg wash the buns)
a bit of butter for glazing

Bread Maker method :

1. Pour water, egg, sugar, shortening, vanilla and yellow food coloring into the bread maker pan. Top it with flour and yeast.
2. Set the breadmaker to Dough function.
3. Once the dough is just combined, add in margarine. Leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
4. Divide the dough into 20 equal portions. Form each into a ball and arrange on a baking tray.
5. Cover the buns and let it rise until double in size (it takes another 30-40 min) Brush the buns with some egg wash.
7. Bake in a pre-heated oven at 200 C 15-20 minutes or until golden brown.
8. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.


saya terpaksa meletak inti kelapa untuk menarik minat anak2 saya makan.. hihihi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin